Header — JRM Holistik Besut & Setiu

Stokis sah JRM Holistik Besut / Setiu

WhatsApp 013-737 7807
Tentang Kami — JRM Holistik Besut & Setiu

Tentang Kami

Produk Original, Peluang Jana Pendapatan , Dan konsultasi Penggunaan Produk Yang Betul.

JRM Holistik Besut merupakan stokis sah produk JRM yang beroperasi dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan di sekitar daerah Besut dan Setiu, Terengganu.

Kami menawarkan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri yang berkualiti serta diformulasikan berasaskan bahan-bahan terpilih. Kami komited memastikan setiap pelanggan memperoleh produk JRM yang original, panduan penggunaan yang betul serta khidmat konsultasi yang mesra dan dipercayai.

JRM Holistik Besut turut berperanan sebagai pusat sokongan kepada rangkaian pengedar di bawah naungan kami. Kami menyediakan bimbingan produk, sokongan pemasaran, perkongsian ilmu serta latihan bagi membantu setiap pengedar mengembangkan perniagaan dengan lebih teratur dan yakin.

Selain memenuhi keperluan pelanggan, kami juga membuka peluang kepada suri rumah, individu bekerja dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan serta membina perniagaan bersama rangkaian JRM.

Misi kami adalah untuk menjadi pusat produk JRM yang dipercayai oleh masyarakat setempat, melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya serta berkembang bersama pelanggan dan pengedar di seluruh Malaysia serta Besut dan Setiu khususnya.

Lihat Senarai Pengedar
Premis JRM Holistik Besut — stokis sah produk Jamu Ratu Malaya
2Daerah liputan
120+Ejen berdaftar
3,000+Pelanggan dilayan
100%Produk sah & asli

Hala Tuju

Visi & Misi

Visi

Menjadi pusat rujukan produk kesihatan dan kecantikan holistik yang dipercayai serta stokis JRM pilihan utama bagi masyarakat di Besut, Setiu dan seluruh Malaysia.

Misi

Menyediakan produk JRM yang berkualiti dan asli, memberikan perkhidmatan pelanggan yang mesra serta membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan kecantikan secara holistik. Kami juga komited dalam membimbing dan memperkasakan pengedar untuk membina perniagaan yang lebih maju dan berdaya saing.

Pasukan

Nurul Shamsila — Pengasas dan Ketua Stokis
Nurul Shamsila Pengasas Urusan

Pasukan Kami

Alya — Pengurus Operasi
Nur Alyaa Fadilla Pengurus Kewangan
Elia — Eksekutif Jualan
Nur Elia Dayana Eksekutif Jualan & Pemasaran
Hidayah — Eksekutif Pemasaran
Noor Hidayah Eksekutif Jualan & Pemasaran
Iqin — Khidmat Pelanggan
Noor Afiqin Pengurus Stok & Operasi
Sabrina — Pegawai Stor dan Penghantaran
Situ Nur Sabrina Eksekutif Jualan & Pemasaran

Peluang Perniagaan

Berkembang bersama rangkaian JRM.

Sertai kami sebagai pengedar atau hubungi pengedar berdekatan untuk tempahan produk.